Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label set kehamilan shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label set kehamilan shaklee. Papar semua catatan

Kepentingan Vitamin Untuk Kehamilan Anda

Pentingkah pengambilan vitamin semasa ibu sedang mengandung?
Ok,kat sini,saya akan ulas lebih lanjut untuk saya kongsikan bersama anda semua bakal2 ibu.Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda dan kesedaran betapa pentingnya vitamin semasa kita mengandung.

Di dalam kehamilan dibahagi kepada 3 peringkat masa iaitu trimester 1, trimester 2, trimester 3.

Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

Menurut pakar nutrisi Shaklee, ibu hamil perlu ambil vitamin sejak dari perancangan untuk hamil lagi, terutamanya ambil asid folik untuk memastikan tulang dapat terbentuk dengan baik. Apabila ovum bercantum dengan sperma, akan berlaku proses pembahagian dan sel-sel organ semua akan terbentuk. Maka kerana itu amat perlu vitamin sudah diambil untuk membantu pembentukan sel-sel baru.

Di Shaklee, terdapat Set Kehamilan Shaklee yang menyediakan set lengkap untuk membekalkan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. Juga terdapat set selepas kelahiran.

Apa yang ada di dalam Set Kehamilan Shaklee ? 

Set Kehamilan Shaklee Asas untuk Trimester Pertama

Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

 

    Set Kehamilan Shaklee Asas untuk Trimester 2 & 3 

    Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

    Dalam setiap set kehamilan ini ,ibu juga di galakkan untuk mengambil ESP sebagai tambahan.

    Kenapa ESP penting untuk ibu hamil? 
      • Protein(Energy Soy Protein) ~Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.
      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,


      • Multivitamin(Vita-lea) ~mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.
      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      •  B Complex ~Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,
      •  Vitamin C(Sustaine Realese Vita-C) ~Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.
      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,


      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,
      • Omega -3(Omega Guard) ~Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,
      • Kalsium(Ostematrik) ~Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Apakata ibu ibu yang telah menggunakan set kehamilan shaklee ini?

      Testimoni set kehamilan shaklee


      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,



      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Ibu- ibu hamil yang berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee, boleh lah hubungi saya :)

      Alahan Ketika Hamil

      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Alahan ketika hamil juga dikenali sebagai “morning sickness”. Masalah ini kerap berlaku pada kebanyakkan ibu yang hamil. Masalah ini berlaku disebabkan berlakunya peningkatan hormol di saat kehamilan. 
      Kebiasaannya ia berlaku pada trimester pertama kehamilan. Alahan ini biasanya dikaitkan dengan gejala muntah-muntah, pening kepala, perut sebu, dan tidak selesa. Namun begitu alahan ini bergantung pada individu tersebut ada juga sesetengah individu itu tidak mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilannya.

      Kesan alahan / morning sickness? 

      • Ibu mengalami gangguan fizikal dan emosi.
      • Keletihan, kurang bermaya,lesu dan tidak bertenaga
      • Pedih ulu hati
      • Dihidrasi
      • Penurunan berat badan

      Cara mengatasi alahan / morning sickness?

      • Mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
      • Elakkan pengambilan makanan yang berminyak dan berempah
      • Berehat secukupnya
      • Minum air yang banyak untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan
      • Ambil makanan yang tinggi protein kerana ia boleh mengatasi rasa mual
      • Bersiar-siar dan lakukan riadah ringan untuk dapatkan udara yang segar
      • Elakkan pergerakkan yang pantas
      Selain itu juga terdapat 4 suplemen shaklee yang  membantu mengurangkan gejala alahan / morning sickness. Suplemen tersebut adalah:
      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Fungsi B- Complex dalam mengatasi masalah ini ialah B-Complex dapat membantu menangani:
      • Anemia
      • Sakit kepala
      • Pening
      • Lemah semangat
      • Muntah-muntah
      • Mabuk



      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Fungsi Vitalea dalam menangani masalah ini adalah seperti berikut:
      • Sebagai pelengkap nutrisi serta membekalkan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh
      • Membantu memberi tenaga
      • Membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan
      • Membantu meningkatkan kadar metabolisme




      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Peranan Vitamin C dalam mengatasi masalah ini ialah:
      • Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan
      • Membantu memperbaiki masalah insomnia dalam kalangan ibu mengandung





      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Fungsi OsteMatrix dalam mengatasi masalah ini adalah:
      • Membantu memperbaiki depresi, mod swing, sakit kepala, dan pitam
      • Membantu mengurangkan pedih perut jika anda tidak lalu makan
      Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:



      Risau Berat Badan Naik Mendadak Semasa Hamil?

      Set Shaklee, Set Isteri, set kehamilan shaklee,

      Pertama sekali, penting bagi anda menerima hakikat bahawa berat badan anda akan bertambah semasa hamil! Memang seharusnya begitu. Badan anda sedang membesar dan berubah untuk memberikan permulaan yang terbaik bagi bayi anda.

      Berat badan anda akan bertambah sehingga menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik).

      Jika jumlah BMI anda tinggi sebelum anda hamil, anda perlu cuba untuk mengehadkan jumlah berat yang ditambah. Menambah lebih banyak berat tidak baik untuk anda dan bayi. Ia boleh meningkatkan risiko anda mengalami komplikasi semasa hamil dan kelahiran.

      Komplikasi-komplikasi ini termasuk:
      • tekanan darah tinggi;
      • kencing manis;
      • melahirkan bayi besar.
      Tetapi jangan pula cuba untuk berdiet. Ia tidak akan mengurangkan kemungkinan untuk mendapat tekanan darah tinggi. Ia juga tidak berkemungkinan memberi kesan kepada risiko anda mengalami pra-eklampsia, yang berkaitan dengan tekanan darah. Ia juga tidak memberi manfaat kepada bayi anda.

      Sebaliknya, dapatkan nasihat daripada doktor anda mengenai bagaimana untuk makan dengan baik. Pelan pemakanan yang sihat akan memastikan anda tidak menambah berat badan terlalu banyak dan membuatkan anda dan bayi gembira dan sihat.

      Di sini ingin saya kongsikan dengan anda semua carta berat badan yang bertambah semasa mengandung


      Carta di atas menunjukkan kebanyakan berat badan adalah dari penyimpanan nutrien termasuk lemak dan perkembangan otot iaitu sebanyak 4.5-5.5kg. Peningkatan cecair badan dan darah di dalam tubuh badan ibu hamil disebabkan oleh perkembangan bayi yang pesat di dalam kandungan. Pembesaran payudara bersiap sedia untuk penyusuan kepada bayi anda. Pembesaran rahim disebabkan perkembangan bayi yang semakin membesar iaitu lebih kurang 1kg dalam sepanjang kehamilan. Berat bayi secara purata adalah di antara 3-3.5kg. Oleh itu, jumlah peningkatan 11-16kg di sepanjang kehamilan  adalah dicadangkan untuk ibu hamil. Akan tetapi, tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

      Trimester pertama:

      Dalam tempoh 3 bulan pertama, berat badan ibu hamil akan meningkat lebih kurang 1.6kg.

      Trimester kedua:

      Dalam tempoh 3 bulan yang akan datang, jumlah kenaikan berat badan untuk kebanyakan ibu hamil lebih kurang 5.5-6.4kg. Di mana kenaikan berat badan sebanyak 0.5kg seminggu.

      Trimester ketiga:

      Dalam tempoh 3 bulan terakhir, kebanyakan wanita menaik berat badan lebih kurang 5kg.

      Nota:
      Ini adalah angka purata bagi majority wanita sebagai panduan dan bukan mengantikan nasihat daripada doktor anda. Jika corak pertambahan berat badan anda berbeza, ini tidak bermakna kenaikan berat badan anda abnormal.
      Tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

      Bagaimanakah anda  boleh mengawal berat badan?

      Cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah makan dengan sederhana. Anda disarankan mengambil kira-kira 2,000 kalori sehari. Anda tidak perlukan lebih daripada itu hinggalah tiga bulan terakhir kehamilan, di mana anda perlukan 200 kalori tambahan sehari. Anda boleh mendapat 200 kalori tambahan itu daripada contohnya, sekeping roti bakar dengan kacang panggang atau semangkuk bijirin bijian penuh dengan susu separa-skim.

      Untuk makan dengan sihat, makanlah makanan daripada kumpulan makanan berikut:
      • Roti, pasta, kentang, nasi dan bijirin (karbohidrat). Lebih baik jika anda makan bijian penuh seperti beras perang serta pasta dan roti daripada bijian penuh. Cuba pastikan makanan berkanji ini memenuhi satu pertiga daripada apa yang anda makan setiap hari.
      • Buah-buahan dan sayur-sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. Ini seharusnya memenuhi satu pertiga lagi daripada apa yang anda makan setiap hari.
      • Protein, seperti daging (tetapi bukan hati), ikan, telur dan kekacang.
      • Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju. Versi rendah lemak adalah pilihan yang baik jika berat badan anda berlebihan.
      Anda tidak perlukan makanan atau minuman yang tinggi kandungan lemak atau gulanya seperti biskut, kek atau minuman berkabonat. Walau bagaimanapun, tidak salah jika anda mengambilnya sekali-sekala dalam jumlah yang kecil.

      Ingat, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Jika berat badan anda bertambah terlalu banyak semasa hamil, sukar untuk menurunkannya selepas bayi anda lahir.

      Dan jangan lupa bahawa ia bukan hanya mengenai makanan! Senaman baik untuk anda semasa hamil dan boleh membantu anda mengekalkan berat yang sihat.

      Supplement  yang bagus untuk ibu hamil mengawal berat badan ialah ESP & OMEGA



      Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:



      Vitamin Untuk Ibu Hamil Yang Menghidap Kencing Manis

      intanazlin.com, intan azlin shaklee vitamin store 

      Kencing manis ketika mengandung.Kencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

      Soal jawap tentang KEHAMILAN & KENCING MANIS


      Apakah itu diabetis gestasi?

      Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

      Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.

      Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.

      Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.

      Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
      Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.

      Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.

      Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
      • keletihan;
      • dahaga yang terlampau;
      • membuang air kecil dengan banyak;
      • penglihatan kabur.
      Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.

      Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?
      Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

      Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan.

      Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal.

      Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

      Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?


      Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika:
      • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
      • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
      • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
      • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
      • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.
      Bagaimana diabetis gestasi dirawat?
      Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.

      Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

      Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya.

      Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda.

      Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?
      Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri.

      Apabila anda berada bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran.

      Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?
      Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan .

      Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal.

      Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?
      Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi, akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali.

      Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama.

      Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya.

      Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi.

      Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?
      Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan.

      Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

      Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda.

      Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. (Baca dengan lebih lanjut mengenai diabetis dan kehamilan).

      Kencing manis ketika mengandungKencing manis ketika mengandung atau‘gestational diabetes‘ adalah masalah kesihatan paling kerap dialami oleh ibu hamil. 70% daripada ibu yang menghidap kencing manis ketika mengandung ini biasanya akan pulih lepas bersalin tapi kebanyakan mereka akan menghidap diabetis jenis kedua di kemudian hari.

      Siapa berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung?

      • Semua ibu hamil berisiko menghidap kencing manis ketika mengandung tapi ada sesetengah ibu akan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis ketika mengandung seperti:
        • Ibu hamil berumur 35 tahun ke atas
        • Sejarah keluarga menghidap diabetis
        • Pernah menghidap diabetis ketika kehamilan sebelumnya
        • Berat badan sebelum hamil lebih 80kg
        • Pernah melahirkan bayi dengan berat badan lebih 3.5kg
        • Ibu hamil kembar
        • Ibu hamil yang bermasalah hydramnions (terlalu banyak air ketuban)

      Apa kesan diabetis ketika mengandung pada ibu dan bayi?
      1. Pada ibu
        • Risiko tinggi untuk mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kecing)
        • Risiko tinggi untuk dijangkiti vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
        • Risiko tinggi untuk mendapat jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
        • 50% boleh menghidap diabetis tahap kedua di kemudian hari

      2. Pada bayi
        • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan
        • Saiz bayi terlalu besar menyebabkan kesukaran semasa bersalin
        • Bayi berisiko untuk mendapat kecederaan bahu semasa bersalin membawa risiko kecacatan
        • Bayi berisiko untuk hipoglisemia (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
        • Sakit kuning (jaundice)
        • Bayi sukar bernafaS.

        • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan.
        • Bayi akan lebih mudah dapat obesiti atau kencing manis bila dewasa.

      Bagaimana merawat kencing manis ketika mengandung?

      • Biasanya doktor akan suruh kawal pemakanan dan kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi dan tinggi gula. Patuhi arahan doktor ya
      • Anda juga mungkin perlu ambil suntikan insulin
      • Digalakkan juga amalkan senaman ringan setiap hari
      • Mengamalkan makanan yang kaya dengan Zinc, B-complex dan Magnesium di mana zinc sangat penting untuk bantu buah pinggang hasilkan lebih banyak insulin bagi atasi masalah kalis insulin.

      Vitamin untuk ibu hamil yang menghidap kencing manis


      1. Shaklee Vitalea
        • Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
        • Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.
      2. Shaklee B-complex
        • Penting dalam metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan
        • Membekalkan kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

      3. Shaklee Ostematrix
          • Membekalkan Magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium antara punca kencing manis)
          • Membekalkan 100% kalsium untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi si manja serta kesihatan tulang ibu.
          • Untuk info lanjut boleh tengok Ostematrix Shaklee
      Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bg mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi saya melalui:


      Recent Post

      recent