Latest News

.

Memaparkan catatan dengan label Omega Guard Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omega Guard Shaklee. Papar semua catatan

PROMOSI SHAKLEE OCT 2016 OMEGA GUARD



OmegaGuard™

Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi
OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Minyak Ikan
OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Gred Farmaseutikal yang Tulen
OmegaGuardTM dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Lagi Artikel Berkaitan Omega Guard Klik Di Sini

PROMOSI SHAKLEE OCT 2016 - OMEGA GUARD



OmegaGuard™

Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi
OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.

Minyak Ikan
OmegaGuardTM membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.

Gred Farmaseutikal yang Tulen
OmegaGuardTM dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Lagi Artikel Berkaitan Omega Guard Klik Di Sini

DARAH TINGGI KETIKA HAMIL


Tekanan darah tinggi semasa hamil juga dikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension semasa kehamilan. Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh membawa kepada keadaan yang serius dipanggil preeclampsia juga disebut sebagai toxemia. Ia juga menjejaskan kira-kira 6-8% di kalangan ibu hamil.

Jenis Jenis Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil


1. Hypertension Kronik


  • Ia juga dikenali sebagai chronic hypertension. Ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) sebelum mengandung atau pada peringkat awal kehamilan (sebelum minggu ke 20) ataupun tekanan darah tinggi berterusan selepas kelahiran bayi.

2. Hypertension gestasi


  • Juga dikenali sebagai gestional hypertension. Tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) terjadi selepas kehamilan minggu ke 20 dan tiada pengeluaran protein dalam air kencing dan akan hilang selepas kelahiran bayi.

3. Preeclampsia


  • kedua dua hypertension kronik dan hypertension gentasi boleh menyebabkan preeclampsia. Iaitu keadaan yang teruk selepas kehamilan minggu ke 20. ia boleh membawa kepada komplikasi yang serius untuk kedua dua ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan cepat. Sebenarnya, ia juga boleh memberikan kesan kepada buah pinggang, otak dan organ organ penting yang lain di dalam badan dan pengeluaran protein dalam air kencing.
  • Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera iaitu ibu akan mendapat sawan. Sekiranya tekanan darah menjadi terlalu tinggi, kemungkinan boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi semasahamil. Terdapat juga kes yang ibu boleh terkena strok sekiranya tekanan darah tidak dapat dikawal.
     

RISIKO DARAH TINGGI KETIKA HAMIL


  • Organ dalaman boleh rosak dan menyebabkan strok
  • Boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi
  • Plasenta atau uri yang membekalkan bayi oksigen dan makanan lekang (tertanggal) awal 
  • Kelahiran pramatang kerana terpaksa melahirkan bayi awal melalui kaedah Cesarean


Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:

1. Faktor-Faktor Am:

  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
2. Faktor Genetik:

  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
3. Faktor-Faktor Obstetrik

  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar

4. Faktor-Faktor Perubatan

  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  • Penyakit Connective tissue
  • Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia) 

Bagaimana tekanan darah tinggi semasa hamil (PIH) dirawat?


  • Kebanyakan ibu boleh melahirkan bayi yang sihat jika PIH dikesan awal dan dirawat dengan penjagaan pranatal biasa.

  • Jika PIH anda teruk, ia boleh membawa kepada preeclampsia yang boleh menyebab kesan yang serius kepada ibu dan bayi.

  • Jika anda mempunyai hypertension yang ringan dan bayi belum mencapai kematangan, doktor anda mungkin akan mengesyorkan anda melakukan yang berikut:
      • Rehat dan berbaring di sebelah kiri semasa tidur
      • Kerapkan pemeriksaan pranatal
      • Kurangkan memakan garam
      • Minum 8 gelas air sehari.
  • Jika bayi anda telah mencapai kematangan yang secukupnya, kelahiran bayi mungkin dijalankan secepat mungkin.

  • Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi yang teruk, doktor anda mungkin cuba merawat anda dengan ubat tekanan darah sehingga anda boleh melahirkan bayi anda dengan selamat. Anda boleh mendapat lebih nasihat dan maklumat daripada doktor anda.
  • Pengambilan vitamin juga sangat2 penting semasa hamil.Tambahan pula jika anda adalah ibu hamil yang mempunyai masalah darah tinggi.

Antara Vitamin yang di cadangkan ialah 
  • B Complex - membantu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Ini kerana tekanan darah tinggi berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan ia memberi kesan kepada saraf. 
  • Ostematrix: Meredakan urat-urat yang tegang. Pendek kata berfungsi merehatkan otot. Ia juga berperanan mengelakkan kekejangan dan sakit pinggang semasa hamil. Ia juga menjadikan tulang bayi di dalam kandungan kuat.
  • Omega Guard - minyak ikan Shaklee ini membantu mencairkan darah dan melincirkan saluran darah. Oleh sebab itu, ia membantu mengekalkan tekanan darah normal dan membantu dalam masalah ketengangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan. 
     
    Berminat untuk dapatkan set kehamilan shaklee?Untuk info anda boleh klik sini
     set kehamilan shaklee

Jika anda ada sebarang pertanyaan tentang vitamin shaklee  atau nak buat sebarang order boleh terus hubungi saya ya melalui:



Omega Guard Bagus Untuk Kesihatan Kanak - Kanak

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Omega guard adalah salah satu vitamin atau supplemen yang sangat bagus untuk kesihatan dan tumbesaran kanak2.Istimewanya omega guard ini boleh di ambil dari usia mereka seawal 1 tahun.

Kenali Omega Guard Shaklee

Omega Guard berbentuk kapsul jernih yang mengandungi minyak ikan.
Omega Guard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
  • Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Sistem peredaran darah yang teratur

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Kenapa Saya katakan Omega Guard bagus untuk anak anda?

  • Meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak. DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  • Membantu merawat asma di kalangan kanak-kanak
  • Membantu kanak-kanak yang mengalami ADHD
  • Membantu mengekalkan kesihatan optima kepada kanak-kanak
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran dan kemahiran kognitif kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
  • Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  • Membantu merawat eczema. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)
  • DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  • Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Macammana  cara nak beri anak makan OMEGA GUARD?

Kanak2 memang agak sukar untuk makan vitamin.Lainlah kalau kita ajar dari kecil.Semasa pertama kali,mereka akan menolak untuk mengambilnya kerana tidak pernah merasa omega guard tersebut.Anda haruslah banyak bersabar dan sentiasa memberikan kata-kata yang baik untuk merangsang mereka untuk makan.

Cuba elakkan dari memberitahu mereka ini ubat.Mari makan ubat.Kerana kanak2 tahu ubat itu tidak sedap dan pahit.Tetapi cuba katakan pada mereka "Kakak makanlah vitamin ni sedap.Ini vitamin untuk budak bijak dan cantik macam kakak.Kakak nak jadi budak pandai tak?"..Ya,cuba puji anak2 anda sedemikian.Jangan memaksa mereka menelan sesuatu yang mereka tidak suka.

Dan inilah yang saya aplikasikan kepada anak2 saya iaitu Shaura & Syaza.Seawal usia mereka 1tahun saya sudah ajar mereka mengunyah Omega guard.

Jika anak anda tidak tahu untuk mengunyah omega guard ini, anda juga boleh lakukan 5 cara di bawah.


Cara Makan Omega Guard Shaklee 1

Kapsul Omega Guard boleh dipicit dengan jarum dan dimasukkan dalam susu anak

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Cara Makan Omega Guard Shaklee 2

Boleh dikunyah begitu sahaja. Kapsul adalah lembut dan selamat di makan oleh kanak-kanak 2 tahun ke atas.

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Cara Makan Omega Guard Shaklee 3

Dipicit dengan jarum, minyak ikan dicampur dalam makanan dan minuman kegemaran.

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,


Cara Makan Omega Guard Shaklee 4

Dipicit dengan jarum, minyak ikan di letak pada sudu dan diberi pada anak seperti ubat.

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,


Cara Makan Omega Guard Shaklee 5

Ditelan begitu sahaja, untuk kanak-kanak 10 tahun ke atas.

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,
  
Nasihat saya,jika anda ingin gunakan jarum pastikan jarum itu bersih.Jika tidak,anda gigit sajalah omega guard itu.

Apa kata ibu2 di luar sana yang telah memberi Omega Guard Shaklee kepada anak mereka?


 

  Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,
Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Bagi saya,kesihatan anak itu sangat penting buat saya.Anak sakit anak tidak sihat memang buat hati saya jadi tak keruan.Selagi kita boleh cegah,itu jauhkan lah.Saya pilih Omegaguard untuk anak2 saya.Bagaimana pula dengan anda?

Inginkan maklumat lanjut tentang Omega guard ini?Atau anda ingin dapatkannya boleh terus hubungi saya ya,


NYANYUK LEPAS BERSALIN

Assalammualaikum...
Dah lama sebenarnya nak berkongsi cerita tentang hal PELUPA ni, tapi asyik bertangguh & lupa. (Eh sesuai la dengan tajuk ni kan?) hehehe...

Semalam, downline saya di Sabah, kak mashitoh PM saya
"intan, awat antaq 2x vitamin yg akk oder dl. akak oder vitalea n b com dulu tu. Intan ni kena makan omega ni."

Saya sendiri terlupa macammana saya boleh pos 2x vitamin yang sama pulak tu pada kak mashitoh. Kadang2, dalam masa 1 minit pun saya dah terlupa apa nak buat. Kena duduk tenangkan diri jap fikir balik dalam2 baru boleh ingat apa yang saya nak buat tu. Sebenarnya, sejak bersalin anak ke3 ni penyakit suka terlupa saya makin menjadi2 pulak!

Hari itu, saya ada terbaca post dari kawan2 lain di facebook, masalah yang sama juga diorang hadapi. Masalah terlupa ni kadang2 nampak melucukan tapi boleh bawa bahaya juga tau. Tambah kalau tengah masak, tiba2 bunyi fon. Pergi jawap fon dulu dan terus lupa nak tutup api. Atau lupa nak kunci kereta. Lupa nak kunci rumah. Semua benda asik dok lupa memanjang.

Apa kaitan penyakit terlupa ini dengan ibu yang baru lepas bersalin?

Masalah Kesihatan, Set Nyanyuk Shaklee, Set Shaklee,

 " Menurut DailyMail UK,  kajian telah mendapati faktor-faktor utama yang menyebabkan kegagalan memori selepas bersalin disebabkan oleh beberapa perkara termasuk perubahan hormon, keletihan, dan tekanan menjaga anak baru lahir. 

Perubahan hormon estrogen juga mempunyai pengaruh ke atas perkara ini. Di penghujung kehamilan, estrogen adalah sangat tinggi dan ia terus menurun sehingga hampir tiada selepas melahirkan anak. Estrogen bertindak sebagai neurotransmitter, menghantar isyarat dalam otak.

Satu lagi penyebab kenapa jadi adalah terlalu penat.
Para penyelidik menganggarkan bahawa seorang wanita boleh kehilangan sehingga 700 jam tidur, bersamaan dengan dua jam setiap malam, pada tahun pertama bersama bayi mereka.
Ibu menyusukan anak sememangnya akan kurang tidur, dan keletihan mempengaruhi sangat-sangat  keupayaan untuk mengingat sesuatu perkara.

Keletihan ni seolah-olah pembunuh kepada ingatan.
Jika kurang tidur daya ingatan tentang peristiwa yang berlaku dalam sehari tidak boleh disatukan ke dalam ingatan jangka panjang."

Satu lagi penyebabnya bagi ibu yang menyusukan anak.. Sejenis hormon akan dihasilkan jika ibu menyusukan anak. Hormon ini membantu ibu-ibu berehat terutamanya semasa menyusukan anak. Pernah tak anda tertidur semasa breastfeeding? Hormon ini menggalakkan ibu relax dan kurang fokus"

Oh..saya pun baru tahu tentang ini.Sebab saya juga ibu yang menyusukan anak.Memang penat tambah2 saya buat bisnes online dari rumah.Setiap hari tidor lewat bangun awal.Memang banyak kerja kan.Nak urus rumah,urus anak2,urus bisnes .Nasib baik ada ambil vitamin shaklee,membantu sangat2 ibu yang sibuk macam saya ni.

Untuk elak masalah yang selalu lupa,saya memang amalkan 3 vitamin utama ini.Sebenarnya saya ambil 3 vitamin adalah untuk langsing lepas bersalin dan banyakkan susu badan.Omega tu bukan sahaja baik untuk saya,malah bagus untuk perkembangan otak anak saya yang menyusu badan.


Vitamin untuk kuatkan ingatan anda!

Masalah Kesihatan, Set Nyanyuk Shaklee, Set Shaklee,

Kenapa saya cadangkan 3 vitamin ini?

1. B-Complex Shaklee

* Membantu mengatasi tekanan
* Membantu kestabilan saraf & memperbaiki proses pemikiran
* Membantu pelepasan tenaga dlm makanan (menukarkan makanan kepada bentuk tenaga )
* Mengandungi semua 8 jenis Vitamin B penting dlm suatu rumusan seimbang

2. Lecithin Shaklee

* Membekal Kolina yang merupakan satu komponen neuron penghantar asetilkolina, yang terlibat di dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem-sistem saraf.
* Shaklee lecithin juga membekalkan lain-lain unsur kejadian semulajadi lesitin soya yang penting seperti asid lemak perlu, dan inositol yang memainkan peranan dalam  metabolisma sel.
* * Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.

3. Omega Guard Shaklee

* Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 
  • Mencegah insomniaMengurangkan tekanan emosi 
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan 
  • Membantu memperbaiki masalah autism 
  • Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive 
  • Mengurangkan masalah schizophrenia 
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Omegaguard ini juga boleh diambil oleh kanak2 yang berusia 1tahun ke atas.Apa khasiat omegaguard ini untuk anak kita?Meh nak share sikit
  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Untuk Shaura & syaza,2 orang puteri comel saya ini,Omegaguard adalah vitamin pertama mereka selain mealshake.Cukup umur 1tahun terus saya beri makan omega.Sebelum ini dapat khasiat omega dari ibu saja.

" Set vitamin kuatkan ingatan " ini bukan saja sesuai untuk ibu2 yang asyik lupa saja,tapi suami pun boleh ambil sama.Kalau ada anak yang masih bersekolah rendah dan menengah atau di universiti,ini adalah supplement terbaik untuk mereka.

Nak tahu khasiat lebih lanjut tentang omegaguard, anda boleh klik sini.
Klik sini juga untuk ketahui fungsi lain tentang lecithin.


Jika anda ingin dapatkan set memori  ini,anda boleh hubungi saya melalui

Kepentingan OMEGA 3 Minyak Ikan (DHA & amp; EPA) Untuk Ibu Mengandung

Nutrisi Shaklee, Kesihatan Jantung, Omega Guard Shaklee,

Penyelidikan demi penyelidikan sentiasa dilakukan demi memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu ketika hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?

  • Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan.       Malangnya, ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, pengambilan vitamin atau makanan tambahan.
  • Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian juga menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas  keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang  menyusu.  Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Apakah kepentingan Omega 3 dan Apakah fungsinya?

  • Pengambilan Omega 3 lemak yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin. Prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah, pembekuan darah, penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain. Bergantung kepada jenis asid lemak dalam diet, jenis prostaglandin yang tertentu boleh dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Ketidakseimbangan prostaglandin ini boleh membawa kepada penyakit.
  • Peranan omega-3 dalam mengeluarkan prostaglandin yang bermanfaat mempunyai manfaat kesihatan yang begitu banyak, termasuk pencegahan penyakit jantung, meningkatkan fungsi kognitif dan pengawalan keradangan. Dos omega 3 yang tinggi digunakan untuk merawat dan mencegah gangguan emosi.  Kajian baru mengenal pasti potensi kebaikan pengambilan omega 3 termasuk kanser, penyakit radang usus dan penyakit autoimun yang lain.

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Terutamanya Semasa Mengandung?

Kepentingan Omega 3 minyak ikan (DHA & amp ; EPA) untuk ibu mengandung ialah:
  • Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa  ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3  yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
  • Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan. Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi. Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan ibu mengandung. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas lahir mungkin menjadi lebih buruk dan mula lebih awal untuk kehamilan berikutnya.

Apakah Makanan Yang Mengandungi Omega-3 (EPA + DHA)?

  • Sumber EPA dan DHA adalah ikan air sejuk seperti salmon, tuna, sardin, ikan bilis dan ikan hering. Ramai orang risau tentang  kehadiran merkuri dan toksin lain dalam ikan, terutamanya semasa mengandung. Atas sebab ini, sumber minyak ikan EPA dan DHA dari vitamin ataupun suplemen adalah paling selamat. Minyak ikan yang berkualiti tinggi daripada pengilang yang mempunyai reputasi yang baik memberikan manfaat kesihatan EPA dan DHA tambahan tanpa risiko ketoksinan.
  • Ramai orang berfikir bahawa flaxseed dan / atau minyak flaxseed mengandungi omega 3. Tetapi flaxseed mengandungi rantai pendek omega 3, ALA (asid alfa-linolenik), yang berbeza dari EPA dan DHA yang mengandungi rantai panjang omega 3. EPA dan DHA Omega 3 memberi keperluan badan untuk pembangunan kesihatan yang optimum. Walaupun ia pernah berfikir bahawa badan manusia boleh menukar ALA kepada EPA dan DHA, penyelidikan terkini menunjukkan bahawa pertukaran tersebut jarang berlaku. Minyak ikan merupakan sumber EPA dan DHA yang lebih dipercayai.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?

  • Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang  maju.
  • Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.

Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?

  • Menyiasat proses pembuatan — Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan?  Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).
  • Bau — Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.
  • Rasa — Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee anda boleh hubungi saya melalui:

Recent Post

recent